Perkara yang anda sering lakukan?

Tuesday, June 8, 2010

Malaysians urged to abstain from 21 seafoods

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP): Environmentalists urged Malaysians Tuesday to abstain from eating pomfret, ray, shark, lobster and other popular seafood species facing depletion in the country.
Malaysians' consumption of seafood is second biggest only to Japan in Asia with the average Malaysian eating 100 pounds (45 kilograms) per year based on 2007 statistics, said the World Wildlife Fund Malaysia.
Together with a local group, WWF called on consumers to avoid eating 21 seafood species and "think twice" before eating 13 others listed in its newly launched "Save our Seafood" guide.
WWF director Dionysius Sharma said Malaysia's sea bottom-dwelling stock, including lobster, coral trout and others, has declined by as much as 90 percent in certain fishing grounds between 1971 and 1997.
"We simply cannot afford to deplete our oceans of marine life," Sharma said in a speech at the guide's launch, adding it would jeopardize a key food source and decimate the fishing industry.
Among the seafood that Malaysians are urged to avoid are silver and black pomfret, ray, slipper lobster, mantis shrimp, shark and several groupers. Consumers have also been asked to reduce consumption of red snappers, sea cucumbers, flower crab and tiger prawn.
Seventeen more types of seafood, including oysters, green mussels and anchovies, have been given the green light, meaning they are not overexploited.
The list is based on a 21-month-long study undertaken by WWF, including surveying fish markets and documenting Malaysians' seafood eating habits.
http://www.wwf.org.my

Sunday, June 6, 2010

Sahabat Alam Malaysia ( SAM )

Kenali SAM.........

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.
Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.


Sumber daripada: http://www.foe-malaysia.org/

Berminat untuk menjadi Aktivis Alam Sekitar SAM?
Atau mahu menghantar aduan mahupun pertanyaan berkenaan alam sekitar......hubungi SAM di :

SAHABAT ALAM MALAYSIA,
21, Lintang Delima 15,
11700 Pulau Pinang.

tel.    : 04-6596930
fks.   : 04-6596931
emel  : sam_inquiry@yahoo.com
Website: http://www.foe-malaysia.org/

Saturday, June 5, 2010

Impak Perubahan Iklim

Masyarakat dunia kini, tidak lagi dapat menafikan bahawa suhu Bumi semakin panas dan keseimbangan eko-sistem Bumi telah terganggu. Krisis alam sekitar yang berlaku ini menyumbang kepada perubahan iklim dalam masa yang singkat. Kepekatan gas rumah hijau ( greenhouse gases) seperti karbon dioksida ( CO2), Metena ( methane/CH4), Nitrus Oksida ( N2O), klorofluorokarbon ( CFC ) dan karbon monoksida yang terhasil melalui aktiviti yang dijalankan oleh manusia sejak sekian lama merupakan punca utama merubah alam kepada perubahan iklim atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Perubahan iklim membawa maksud keadaan iklim yang tidak stabil atau berubah-ubah. Walau bagaimanapun, pada masa kini perubahan iklim lebih sinonim dengan kesan daripada pemanasan global, kesan rumah hijau dan gas rumah hijau yang memberi pengaruh besar kepada perubahan iklim semulajadi. Kesan peubahan iklim terhadap hidupan di Bumi juga akan berlaku dengan pantas akibat daripada kenaikan suhu Bumi.

Para saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas perubahan iklim telah mengenalpasti kesan negatif perubahan iklim kepada alam sekitar dan masyarakat. Diantaranya adalah kesan langsung kepada kesihatan manusia, sektor pertanian, hutan, sumber air, kawasan persisir pantai, spesis, kawasan semulajadi dan sumber makanan ruji manusia sedunia.

Huraiannya adalah seperti berikut:

1.  Kesan Kepada Kesihatan Manusia,
  Akibat daripada perubahan cuaca, ia menggalakkan pembiakkan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Ini akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Gelombang haba juga boleh memudaratkan bahkan menyebabkan kematian, khususnya kepada pesakit jantung, asma ( respiratori).

2.  Kesan Kepada Pertanian,
Kejadian kemarau yang melampau bukan pada musimnya, memberikan kesan buruk kepada kehidupan para petani dan masyarakat akibat kemusnahan hasil tanaman. Ia meningkatkan jumlah haiwan perosak dan menjejaskan sumber bekalan dan keselamatan makanan. Kekurangan makanan ketika ini menyebabkan 3.5 juta kematian setiap tahun.

3.  Kesan Kepada Hutan,
Hutan turut terjejas akibat daripada perubahan iklim. Ia menggangu ekosistem hutan dan keupaya tumbuh-tumbuhan untuk mengadaptasikan dalam keadaan iklim yang berubah. Keadaan iklim amat mempengaruhi keupayaan kehidupan dan biodiversiti hutan untuk bermandiri. Risiko kebakaran hutan akibat pemanasan global juga tinggi.

4.  Kesan Kepada Sumber Air,
Air adalah sumber utama untuk hidupan terus hidup, air juga terjejas akibat daripada cuaca yang ekstrem seperti kemarau dan sebagainya. Sesetengah kawasan menjadi kering kontang dan ada kawasan yang mengalami hujan yang berlebihan. Ia juga mengganggu proses perolehan air bersih untuk kegiatan harian manusia seperti membasuh pakaian, memasak, mandi, pertanian dan sebagainya.

5.  Kesan Terhadap Kawasan Persisir Pantai,
Peningkatan suhu bumi menyebabkan bongkah ais di kawasan kutub selatan dan utara cair dan ini akan meningkatkan paras air laut dunia. Kawasan persisir pantai mengalami kenaikan air laut dan hakisan ombak. Juga terdedah kepada tsunami dan ombak besar. Batu karang dan taman laut akan mengalami pelunturan akibat kenaikan suhu bumi. Sosio-ekonomi masyarakat pesisir pantai turut terjejas.

Friday, June 4, 2010

Krisis Alam Sekitar Penyumbang Kepada Pemanasan Global

 Menjelang abad ke-21, keadaan alam sekitar di negara kita semakin parah tercemar. Pencemaran alam mula timbul selepas berlakunya revolusi perindustrian dalam sejarah dunia. Ia berlaku tanpa mengira tempat dan masa. Pencemaran berlaku di segenap pelusuk negara, di desa terpencil, di bandar yang hiruk pikuk, di lautan dalam di dataran yang terbentang luas serta kawasan-kawasan lain. Krisis ini telah menimbul kerisauan di kalangan para pencinta alam dan para saintis. Masalah ini, telah menyebabkan kehilangan sumber biodiversiti alam kini dan mengganggu keseimbangan eko-sistem Bumi. Krisis ini telah berada di tahap yang amat membimbangkan.
Laporan Kualiti Alam Sekitar diumumkan pada setiap tahun, ini memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai sendiri keadaan sebenar alam sekitar di negara kita. Berdasarkan laporan-laporan tahun lalu, ia menunjukan bahawa semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan, kualiti alam sekitar akan menurun dan suhu juga akan meningkat. Seperti sedia maklum, situasi alam sekitar negara kita semakin hari semakin parah tercemar. Antara contohnya yang memburukan lagi keadaan ini adalah cara masyarakat menguruskan sumber alam semula jadi seperti pembalakkan yang tidak terkawal serta melupuskan sampah dengan cara yang salah. Selain itu, tanah lapang yang sedia ada sering tidak dapat memuaskan kehendak serta keperluan manusia bagi membina kawasan perumahan mahupun kawasan perindustrian. Oleh itu, manusia menambak laut bertujuan memenuhi permintaan pasaran. Jika perkara ini tidak dikawal dari sekarang, pelbagai-bagai kesan negatif yang bakal dihadapati kelak. Contohnya seperti, pemendapan, pantai terhakis serta banjir.Akhir sekali, tanah tinggi seperti bukit sering ditarah untuk pembangunan, hutan yang diekspoitasi dan kini dunia menghadapi krisis perubahan iklim global. Maka adakah kelestarian hidup berteraskan kepada; Model Alam Sekitar Mapan? Suatu realiti atau rekaan manusia semata-mata?

Wednesday, June 2, 2010

Pembuka kata.............

As`salam dan salam 1 Malaysia....

Blog ini diasaskan oleh beberapa pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Nibong, Pulau Pinang. Objektif utama blog ini diasaskan adalah bagi mengumpul maklumat daripada masyarakat luar serta dalam negara supaya dapat membantu kami dari segi pendapat, data, dan sebagainya bagi menyiapkan projek kami berasaskan "based learning" yang bertemakan " Pemanasan Global " a.k.a Global Warming. Projek ini telah mula digerakkan pada awal tahun 2010. Seterusnya, projek ini juga dibimbing oleh beberapa guru juga daripada SMK Sungai Nibong. Tujuan projek ini adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk menyuarakan pendapat, meningkatkan keyakinan diri, mangasah bakat, meningkatkan kemahiran serta memberi pengalaman kepada mereka. Kemahiran-kemahiran ini amat berguna kerana ia dapat dipraktikan dalam rutin harian mahupun di masa hadapan kelak. Di sebalik objektif utama projek ini, ia juga diasaskan untuk menyedarkan masyarakat serta warga sekolah tentang punca-punca dan kesan-kesan berlakunya pemanasan global. Dengan itu, kami memohon jasa baik kalian untuk bersama-sama membantu kami dalam projek ini. Segala kerjasama, sumbangan serta segala jasa baik amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan...........