Perkara yang anda sering lakukan?

Saturday, June 5, 2010

Impak Perubahan Iklim

Masyarakat dunia kini, tidak lagi dapat menafikan bahawa suhu Bumi semakin panas dan keseimbangan eko-sistem Bumi telah terganggu. Krisis alam sekitar yang berlaku ini menyumbang kepada perubahan iklim dalam masa yang singkat. Kepekatan gas rumah hijau ( greenhouse gases) seperti karbon dioksida ( CO2), Metena ( methane/CH4), Nitrus Oksida ( N2O), klorofluorokarbon ( CFC ) dan karbon monoksida yang terhasil melalui aktiviti yang dijalankan oleh manusia sejak sekian lama merupakan punca utama merubah alam kepada perubahan iklim atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Perubahan iklim membawa maksud keadaan iklim yang tidak stabil atau berubah-ubah. Walau bagaimanapun, pada masa kini perubahan iklim lebih sinonim dengan kesan daripada pemanasan global, kesan rumah hijau dan gas rumah hijau yang memberi pengaruh besar kepada perubahan iklim semulajadi. Kesan peubahan iklim terhadap hidupan di Bumi juga akan berlaku dengan pantas akibat daripada kenaikan suhu Bumi.

Para saintis yang menjalankan penyelidikan ke atas perubahan iklim telah mengenalpasti kesan negatif perubahan iklim kepada alam sekitar dan masyarakat. Diantaranya adalah kesan langsung kepada kesihatan manusia, sektor pertanian, hutan, sumber air, kawasan persisir pantai, spesis, kawasan semulajadi dan sumber makanan ruji manusia sedunia.

Huraiannya adalah seperti berikut:

1.  Kesan Kepada Kesihatan Manusia,
  Akibat daripada perubahan cuaca, ia menggalakkan pembiakkan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Ini akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Gelombang haba juga boleh memudaratkan bahkan menyebabkan kematian, khususnya kepada pesakit jantung, asma ( respiratori).

2.  Kesan Kepada Pertanian,
Kejadian kemarau yang melampau bukan pada musimnya, memberikan kesan buruk kepada kehidupan para petani dan masyarakat akibat kemusnahan hasil tanaman. Ia meningkatkan jumlah haiwan perosak dan menjejaskan sumber bekalan dan keselamatan makanan. Kekurangan makanan ketika ini menyebabkan 3.5 juta kematian setiap tahun.

3.  Kesan Kepada Hutan,
Hutan turut terjejas akibat daripada perubahan iklim. Ia menggangu ekosistem hutan dan keupaya tumbuh-tumbuhan untuk mengadaptasikan dalam keadaan iklim yang berubah. Keadaan iklim amat mempengaruhi keupayaan kehidupan dan biodiversiti hutan untuk bermandiri. Risiko kebakaran hutan akibat pemanasan global juga tinggi.

4.  Kesan Kepada Sumber Air,
Air adalah sumber utama untuk hidupan terus hidup, air juga terjejas akibat daripada cuaca yang ekstrem seperti kemarau dan sebagainya. Sesetengah kawasan menjadi kering kontang dan ada kawasan yang mengalami hujan yang berlebihan. Ia juga mengganggu proses perolehan air bersih untuk kegiatan harian manusia seperti membasuh pakaian, memasak, mandi, pertanian dan sebagainya.

5.  Kesan Terhadap Kawasan Persisir Pantai,
Peningkatan suhu bumi menyebabkan bongkah ais di kawasan kutub selatan dan utara cair dan ini akan meningkatkan paras air laut dunia. Kawasan persisir pantai mengalami kenaikan air laut dan hakisan ombak. Juga terdedah kepada tsunami dan ombak besar. Batu karang dan taman laut akan mengalami pelunturan akibat kenaikan suhu bumi. Sosio-ekonomi masyarakat pesisir pantai turut terjejas.

3 comments: