Perkara yang anda sering lakukan?

Friday, June 4, 2010

Krisis Alam Sekitar Penyumbang Kepada Pemanasan Global

 Menjelang abad ke-21, keadaan alam sekitar di negara kita semakin parah tercemar. Pencemaran alam mula timbul selepas berlakunya revolusi perindustrian dalam sejarah dunia. Ia berlaku tanpa mengira tempat dan masa. Pencemaran berlaku di segenap pelusuk negara, di desa terpencil, di bandar yang hiruk pikuk, di lautan dalam di dataran yang terbentang luas serta kawasan-kawasan lain. Krisis ini telah menimbul kerisauan di kalangan para pencinta alam dan para saintis. Masalah ini, telah menyebabkan kehilangan sumber biodiversiti alam kini dan mengganggu keseimbangan eko-sistem Bumi. Krisis ini telah berada di tahap yang amat membimbangkan.
Laporan Kualiti Alam Sekitar diumumkan pada setiap tahun, ini memberikan peluang kepada masyarakat untuk menilai sendiri keadaan sebenar alam sekitar di negara kita. Berdasarkan laporan-laporan tahun lalu, ia menunjukan bahawa semakin banyak projek pembangunan dilaksanakan, kualiti alam sekitar akan menurun dan suhu juga akan meningkat. Seperti sedia maklum, situasi alam sekitar negara kita semakin hari semakin parah tercemar. Antara contohnya yang memburukan lagi keadaan ini adalah cara masyarakat menguruskan sumber alam semula jadi seperti pembalakkan yang tidak terkawal serta melupuskan sampah dengan cara yang salah. Selain itu, tanah lapang yang sedia ada sering tidak dapat memuaskan kehendak serta keperluan manusia bagi membina kawasan perumahan mahupun kawasan perindustrian. Oleh itu, manusia menambak laut bertujuan memenuhi permintaan pasaran. Jika perkara ini tidak dikawal dari sekarang, pelbagai-bagai kesan negatif yang bakal dihadapati kelak. Contohnya seperti, pemendapan, pantai terhakis serta banjir.Akhir sekali, tanah tinggi seperti bukit sering ditarah untuk pembangunan, hutan yang diekspoitasi dan kini dunia menghadapi krisis perubahan iklim global. Maka adakah kelestarian hidup berteraskan kepada; Model Alam Sekitar Mapan? Suatu realiti atau rekaan manusia semata-mata?

No comments:

Post a Comment