Perkara yang anda sering lakukan?

Sunday, June 6, 2010

Sahabat Alam Malaysia ( SAM )

Kenali SAM.........

Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan dan kemajuan. Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.
Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.


Sumber daripada: http://www.foe-malaysia.org/

Berminat untuk menjadi Aktivis Alam Sekitar SAM?
Atau mahu menghantar aduan mahupun pertanyaan berkenaan alam sekitar......hubungi SAM di :

SAHABAT ALAM MALAYSIA,
21, Lintang Delima 15,
11700 Pulau Pinang.

tel.    : 04-6596930
fks.   : 04-6596931
emel  : sam_inquiry@yahoo.com
Website: http://www.foe-malaysia.org/

3 comments:

  1. SAM apakah anda turut mengikuti mana-mana akta ataupun panduan sewaktu menjalankana apa jua aktiviti di pulau pinang terutama sekali bukit bendera

    ReplyDelete
  2. adakah terdapat isu dan masalah yang berkaitan timbul di bukit bendera?

    ReplyDelete
  3. adakah terdapat isu dan masalah yang berkaitan timbul di bukit bendera?

    ReplyDelete